ERIK ten Hag memuji semangat dan ketabahan pasukannya selepas gol masa kecederaan Bruno Fernandes berjaya memastikan kemenangan Manchester United 1-0 ke atas Fulham di Craven Cottage.
Fernandes menjadi wira menerusi gol dari luar kotak penalti sekali gus membangkitkan kembali rentak United selepas kekalahan berturut-turut di tangan Manchester City dan Newcastle.
Iklan
Iklan
"Saya gembira dengannya. Saya gembira dengan semangat pasukan dan dengan cara kami mengasak.
"Minggu ini kami tidak berpuas hati dengan apa yang kami capai dan hari ini kami bertambah baik," katanya.
Kecemerlangan Fernandes turut mendapat pujian ten Hag selepas kapten pasukan itu dikritik ketika kekalahan Piala Liga menentang Newcastle.
"Dia memberi tenaga, dia adalah contoh. Anda boleh lihat dengan cara dia mengasak dalam permainan dan cara dia mengejar bola.
"Jadi, dia benar-benar contoh dan dia memikul tanggungjawab sepanjang masa di dalam dan di luar padang dan dia mengambil tanggungjawab dengan menjaringkan gol penting," katanya.