PM, Kishida adakan pertemuan perkukuh hubungan Malaysia-Jepun

Iklan
Anwar (kanan) mengadakan pertemuan empat mata dengan Fumio Kishida ketika menerima kunjungan hormat rakan sejawatnya dari Jepun di Kompleks Seri Perdana pada Ahad. Foto: Bernama

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Ahad menerima kunjungan hormat daripada rakan sejawatnya dari Jepun, Fumio Kishida bagi membincangkan kerjasama untuk memperkukuh hubungan dua hala.

Kishida tiba di Seri Perdana pada jam 10 pagi dengan disambut Anwar dan kemudiannya diperkenalkan dengan barisan menteri Kabinet yang hadir iaitu Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli; Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil; Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku, Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Anwar Ibrahim bersama rakan sejawatnya Fumio Kishida dari Jepun di Seri Perdana pada Ahad. - Foto: Bernama

Iklan
Iklan

Sejurus itu, kedua-dua pemimpin negara memulakan pertemuan untuk menilai kemajuan hubungan dua hala terutama dalam bidang perdagangan dan pelaburan, pendidikan, pertahanan, alam sekitar dan keselamatan tenaga serta informasi dan komunikasi.

Anwar dan Kishida juga dijangka bertukar-tukar pandangan mengenai pelbagai isu serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama termasuk konflik Palestin-Israel. - Bernama

Iklan

Iklan