Pengasas bersama Uber letak jawatan Lembaga Pengarah

Iklan
Travis Kalanick. - Foto AFP

NEW YORK - Salah seorang pengasas bersama perkhidmatan Uber, Travis Kalanick dilaporkan akan meninggalkan syarikat terbabit pada penghujung tahun ini.

Uber berkata, Kalanick meletak jawatan lembaga pengarah efektif 31 Disember bagi menumpukan perhatian kepada perniagaan baharunya dan kerja-kerja kebajikan.

Iklan
Iklan

"Uber telah menjadi sebahagian hidup saya sejak 10 tahun lalu. Nampaknya sekarang merupakan masa yang sesuai untuk menumpukan kepada perniagaan saya dan kerja-kerja amal," kata Kalanick. - AFP