Jangan terperangkap mainan emosi, naratif dibawa Israel

Iklan
Muhammad Khalil

SHAH ALAM - Umat Islam perlu mengutamakan kemerdekaan Palestin dan pembebasan Masjid Al-Aqsa berbanding usaha memindahkan rakyat negara itu dari Gaza.

Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, isu kemanusiaan adalah perkara sampingan dan umat Islam sepatutnya tidak terperangkap dengan mainan emosi serta naratif yang dibawa Israel.

Iklan
Iklan

"Apa yang mereka (Israel) mahukan, menjajah kembali bumi Gaza melalui ketenteraan dengan mengeluarkan rakyat ini secara keseluruhannya.

"Sebab ini kita bersetuju dengan pandangan Presiden Mesir, Abdel Fatah El-Sisi yang mana beliau tidak mengikut desakan Barat khususnya Amerika Syarikat (AS) mahu Mesir membuka sempadan supaya rakyat Palestin berhijrah dan ditempatkan di negara berkenaan.

Iklan

"Beliau menyebut bahawa rakyat Palestin mesti kekal dalam Gaza, jadi ini isu pokok yang paling utama sebenarnya,” katanya menerusi video yang dimuat naik di TikTok pada Sabtu.

Tambah Muhammad Khalil, operasi Taufan Al-Aqsa yang dilancarkan pejuang Hamas pada 7 Oktober lalu itu disandarkan dengan nama Al-Aqsa.

Iklan

"Jadi ini satu isyarat kepada umat Islam agar kita memahami isu ini dalam konteks pembebasan Masjid Al-Aqsa dan bumi Palestin sendiri,” ujarnya.