Logo, nama PKR dikeluarkan dari Liberal International - Fahmi

Iklan
Fahmi berucap sebelum merasmikan Program Pemerkasaan OKU Celik Digital yang berlangsung di Pusat Komuniti IWK Eco Park pada Ahad. - Foto Sinar Harian / MOHD HALIM ABDUL WAHID

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Nama dan logo Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang didakwa sebagai ahli pertubuhan Liberal International telah dikeluarkan daripada laman sesawang organisasi tersebut.

Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil berkata, tindakan itu hasil maklum balas permintaan yang dibuat pihaknya susulan dakwaan parti berkenaan sebagai ahli pertubuhan itu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, organisasi itu juga mengambil maklum bahawa PKR bukan dan tidak pernah menjadi ahli mereka.

"Liberal International telah menurunkan logo maka mereka juga mengambil maklum bahawa keadilan bukan ahli Liberal International.

Iklan

"Mengambil kira tohmahan fitnah jahat yang dibuat oleh beberapa pihak tidak bertanggungjawab yang cuba mengaitkan Keadilan (PKR) dengan Liberal International, kita akan teliti sekiranya ada keperluan kita akan ambil tindakan perundangan," katanya ditemui pemberita selepas Program Pemerkasaan OKU Celik Digital di sini pada Ahad.

Fahmi (kanan) menyampaikan anugerah Ikon ICT OKU PEDi Parlimen Lembah Pantai kepada Muhammada Nasrullah Norsaifulizan pada Program Pemerkasaan OKU Celik Digital yang berlangsung di Pusat Komuniti IWK Eco Park pada Ahad. - Foto Sinar Harian / MOHD HALIM ABDUL WAHID.

Sebelum ini tular di aplikasi X apabila seorang pengguna mendakwa PKR tersenarai sebagai ahli pertubuhan berkenaan hasil pencarian di laman sesawang 'Israel Liberal Group'.

Iklan

Bagaimanapun Fahmi yang juga Menteri Komunikasi dan Digital menafikan dakwaan itu dengan menegaskan PKR bukan dan tidak pernah menjadi ahli atau anggota Liberal International.

Susulan itu juga, beliau telah berhubung dengan pihak Liberal International untuk meminta supaya nama dan logo PKR dikeluarkan daripada laman web organisasi itu.

Fahmi (tiga dari kanan) menyempurnakan gimik pelancaran Program Pemerkasaan OKU Celik Digital yang berlangsung di Pusat Komuniti IWK Eco Park pada Ahad. - Foto Sinar Harian / MOHD HALIM ABDUL WAHID.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) mengesan lebih 200 kandungan berkaitan Liberal International yang cuba menyerang PKR.

"Kandungan dibuat juga cuba menyerang saya, menyerang Perdana Menteri. Jadi memang ada gerakan terancang dan ini adalah serangan politik," katanya.