Pemegang kad UNHCR jadi 'ulat' teksi ditahan

Iklan
Antara penumpang dipercayai dari Timur Tengah yang menggunakan perkhidmatan ulat teksi warga asing ditahan menerusi Ops Patuh Bersepadu di Plaza Tol KLIA di Sepang pada Sabtu.

SEPANG - [DIKEMAS KINI] Tindakan seorang lelaki warga asing yang menjalankan perkhidmatan ulat membawa padah apabila van dipandunya ditahan dalam Ops Patuh Bersepadu di Plaza Tol Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dekat sini pada Sabtu.

Individu berumur lingkungan 30-an itu ditahan selepas didapati memandu sebuah van dalam keadaan mencurigakan oleh sepasukan anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor bersama anggota Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) IPK Selangor kira-kira jam 10.30 pagi.

Iklan
Iklan

Pengarah JPJ Selangor, Azrin Borhan berkata, semakan dijalankan mendapati pemandu terbabit merupakan pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR).

"Pemandu ditahan bersama beberapa individu dipercayai pelancong dari Timur Tengah.

Iklan

Katanya, notis saman telah dikeluarkan atas kesalahan Tiada Lesen Memandu, Salah Guna LKM dan beberapa kesalahan lain.

Van yang digunakan lelaki warga asing yang menjalankan perkhidmatan ulat teksi.

"Pemandu terbabit dipercayai menjalankan perkhidmatan ulat teksi ini sejak tujuh bulan yang lalu.

Iklan

"Selain itu semakan mendapati van digunakan bukan milik lelaki terbabit sebaliknya didaftarkan atas nama individu lain," katanya.

Mengulas mengenai operasi dijalankan, Azrin berkata sebanyak 995 notis dikeluarkan dan 307 kenderaan dikenakan tindakan atas pelbagai kesalahan sepanjang Ops Bersepadu Khas ini.

Jelas beliau, antara kesalahan yang sering dikesan termasuk tiada lesen memandu, tiada vokasional GDL, cukai jalan tamat tempoh, cermin gelap, lebih muatan, ubah suai kenderaan dan kesalahan teknikal.