Lee Sun-kyun terima padah

Iklan
Lee Sun-kyun

PELAKON Lee Sun-kyun terpaksa menanggung padah apabila isu penyalahgunaan dadah telah menjejaskan namanya dalam industri hiburan.

Bukan itu sahaja, filem lakonan selebriti itu, Parasite telah dibatalkan tayangan di Festival Filem Anniversary Festa yang dianjurkan Lotte Cinema tidak lama lagi.

Iklan
Iklan

Keputusan tersebut terpaksa dibuat lantaran ramai yang bimbang kes dadah tersebut membawa pengaruh buruk kepada peminat.

Sebelum ini, Sun-kyun dilaporkan terlibat dalam penyalahgunaan dadah dan telah ditahan pihak polis di sebuah kelab malam di Gangnam, Seoul, Korea Selatan.

Iklan

Kes berkenaan dilaporkan masih lagi dalam siasatan.

Selain bintang Diary of a Prosecutor itu, penyanyi G-Dragon juga terlibat dengan kontroversi yang sama.

Iklan

Tidak berakhir di situ, dua anggota kumpulan BTS turut dikaitkan dengan najis dadah.

Bagaimanapun, syarikat pengurusan BTS, Hybe menafikan dua anggota kumpulan tersebut ada berkunjung ke sebuah kelab hiburan yang didakwa port golongan selebriti mengambil dadah.