AS 'guna alasan' Hamas untuk tolak gencatan senjata

Iklan
Penunjuk perasaan di bandar Ramallah pada Ahad mengadakan protes membantah lawatan Blinken ke wilayah itu yang turut berdepan siri keganasan dilancarkan rejim Zionis. - Foto AFP

RAMALLAH - Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken berkeras menolak gesaan banyak pihak supaya melaksanakan gencatan senjata di Gaza setelah angka korban kini mencecah hampir 10,000 orang.

Blinken cuba memberi alasan tidak munasabah kononnya tempoh bertenang itu akan memberi peluang kepada gerakan Hamas untuk mengumpulkan semula pejuang mereka bagi merealisasikan matlamat menyerang Israel.

Iklan
Iklan

Desakan untuk menghentikan peperangan itu semakin meruncing selepas Blinken menyertai mesyuarat bersama pemimpin Arab di Jordan pada Sabtu.

Washington terus menzahirkan sokongan terhadap hak sekutunya, Tel Aviv untuk mempertahankan diri tanpa menghiraukan kematian orang awam termasuk kanak-kanak di Gaza yang terus meningkat.

Iklan

Blinken sekali lagi mencadangkan pelaksanaan ‘gencatan senjata kemanusiaan’ seperti diumumkan Presiden Joe Biden yang kononnya untuk melindungi orang awam dan memastikan penghantaran lebih banyak bantuan ke wilayah terkepung itu.

Pada Ahad, Blinken mengadakan turut mengadakan lawatan mengejut ke Tebing Barat untuk bertemu dengan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas.

Iklan

Bagi meredakan kemarahan pemimpin Arab atas keengganan AS menyokong gencatan senjata, Biden cuba bermain wayang dengan menyatakan penduduk Gaza tidak sepatutnya dipindahkan secara paksa setelah sekutunya mencadangkan langkah sedemikian.

Abbas juga mengambil peluang untuk menzahirkan kemarahan dan mengutuk genosid yang sedang dilakukan ke atas penduduk Palestin.

Difahamkan, ia adalah lawatan kedua tertinggi pemimpin Barat ke Tebing Barat sejak perang itu meletus setelah kunjungan Presiden Perancis, Emmanel Macron ke wilayah tersebut. - AFP