Piala Agong: Negeri Sembilan pertahan kejuaraan kategori lelaki, wanita

Iklan
Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Abdul Rashid Yaakub bergambar bersama pasukan bola keranjang Negeri Sembilan yang muncul juara Kejohanan Bola Keranjang Kebangsaan Piala Agong 2023 bagi kategori lelaki dan wanita di Malaysia Basketball Association (MABA) hari ini. - Foto Bernama

PASUKAN bola keranjang Negeri Sembilan berjaya mempertahankan kejuaraan pada Kejohanan Bola Keranjang Kebangsaan Piala Agong bagi kategori lelaki dan wanita di Stadium Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA) malam ini.

Saingan lelaki menyaksikan mereka unggul menjulang piala berkenaan buat kali keenam berturut-turut bermula 2016, 2017, 2018, 2019 dan 2022, manakala kali keempat berturut-turut bagi kategori wanita.

Iklan
Iklan

Pemain hadapan pasukan lelaki, Wong Yi Hao yang memenangi Anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) bersyukur apabila pasukannya terus mendominasi kejohanan berprestij itu dengan menumpaskan Johor 87-73 malam ini.

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Abdul Rashid Yaakub (dua, kiri) menyampaikan hadiah kepada pemain hadapan Wong Yi Hao (dua dari kanan) selepas memenangi pemain terbaik lelaki. - Foto Bernama

"Saya berterima kasih kepada pemilik pasukan iaitu Datuk Seri Lee Tian Hock atas segala sumbangan yang diberikan. Walaupun ini kemenangan kali keenam, tetap ada tekanan buat kami,” katanya kepada pemberita di sini malam ini.

Iklan

Yi Hao berkata, fokusnya selepas ini kepada Liga Malaysia yang akan bermula pada 16 November ini.

Sementara itu, pasukan wanita Negeri Sembilan merangkul gelaran juara apabila mengungguli format round robin dengan melakar lima kemenangan.

Iklan

Kedua-dua pasukan lelaki dan wanita membawa pulang wang tunai RM18,000. - Bernama

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Abdul Rashid Yaakub bergambar bersama pasukan bola keranjang Negeri Sembilan yang muncul juara Kejohanan Bola Keranjang Kebangsaan Piala Agong 2023 bagi kategori lelaki di Malaysia Basketball Association (MABA) hari ini. - Foto Bernama