Adakah satu tiket penerbangan hanya boleh digunakan satu telefon bimbit? - Ka Siong

Iklan
Perkongsian Ka Siong di Facebook. Ka Siong (kiri).

SHAH ALAM - Bekas Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong mengajukan tiga persoalan kepada pengurusan Malaysia Airline Berhad (MAS) dan Lapangan Terbang Senai (LTS) mengenai isu satu 'e-boarding pass' bagi satu telefon bimbit sahaja.

Beliau berkongsi kisah seorang wanita cemas apabila bapanya tidak menaiki pesawat di lapangan terbang itu disebabkan daftar masuk menggunakan telefon bimbit yang sama.

Iklan
Iklan

Menurutnya, bapa wanita berkenaan tidak memiliki telefon bimbit, maka anaknya yang menyempurnakan tiket seperti yang ditetapkan.

"Dia meminta pertolongan saya semasa beratur sebelum memasuki ruang pemeriksaan kerana pegawai di kaunter memaklumkan hanya MAS tidak membenarkan perkongsian dua tiket dalam satu telefon yang sama.

Iklan

"Kenapa hanya satu 'e-boarding pass' dibenarkan di dalam satu telefon bimbit? Bagaimana dengan warga emas yang memang buta huruf atau tidak memiliki telefon bimbit? Kenapa AirAsia boleh membenarkan dua e-boarding pass dalam satu telefon bimbit?

"Kenapa prosedur operasi standard (SOP) MAS untuk 'e-boarding' di LTS berlainan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)? Apakah logiknya?” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Ahad.

Iklan

Ka Siong turut berkongsi keluhan wanita itu di mana pengawal tidak membenarkan bapanya masuk ke ruang pemeriksaan keselamatan dan seterusnya menaiki penerbangan kerana setiap telefon bimbit hanya membenarkan satu tiket penerbangan.

"Ayah saya terpaksa ditinggalkan di LTS kerana tiketnya ada di dalam telefon bimbit saya dan dianggap tidak sah laku.

"Keluarga saya seramai empat orang berlepas ke Kuala Lumpur, cuma ayah yang tidak lepas,” ujar wanita itu.

Tambah Ka Siong, bapa wanita berkenaan dibenarkan daftar masuk dan menaiki pesawat selepas intervensi daripada seorang pegawai bertugas MAS.

"Saya menyarankan kepada pihak pengurusan MAS agar melakukan pembaikan SOP dan berbincang dengan pihak pengurusan LTS dan Polis Bantuan agar kejadian ini tidak berulang,” ujarnya.