Hassan Nasrallah, pejuang Paksi Penentangan anti-Israel
Iklan
BEIRUT -"Kemaraan pasukan barisan hadapan Hizbullah bergantung kepada situasi peperangan di Genting Gaza kerana semua senario terbuka dan mereka sentiasa bersiap siaga.”
Amaran itu diberikan pemimpin gerakan Hizbullah, Hassan Nasrallah menerusi ucapan pertama beliau sejak konflik Hamas-rejim Zionis tercetus pada 7 Oktober lalu.
Sejak beberapa minggu lalu, banyak pihak terutamanya Barat bimbang jika Perang Gaza berisiko menjadi konflik tiga penjuru yang bakal membangkitkan perang berskala besar susulan peningkatan serangan rentas sempadan.