Masalah MP ponteng serius - Johari
Iklan
SHAH ALAM - Masalah ahli Parlimen didapati ‘ponteng’ dengan sengaja sidang Parlimen amat serius, sehinggakan ada dalam kalangan rakyat dan netizen membuat aduan.
Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata, persidangan Dewan Rakyat disiarkan secara langsung melalui media sosial menyebabkan rakyat melihat sendiri situasi dan mengenal pasti sama ada wakil rakyat mereka hadir atau sebaliknya.