Bimbang kadar tarif air naik mendadak
Iklan
SHAH ALAM - Kerajaan perlu membuat kajian lebih mendalam sebelum meneruskan cadangan memberi kuasa sepenuhnya kepada syarikat operator untuk menentukan sendiri kadar tarif air yang bakal dikenakan kepada pengguna domestik di negara ini.
Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) Shah Alam, Azli Yusof berkata, kajian terperinci itu perlu kerana air adalah salah satu perkhidmatan dan barang keperluan asas yang digunakan oleh berjuta-juta pengguna domestik di Malaysia setiap hari.