Suami lumpuh jatuh pokok, isteri beranak kecil rayu bantuan

Iklan
Mat Yuning yang terlantar menerima kunjungan Amran di rumahnya di Kampung Tanjong, Pasir Mas.

PASIR MAS - Hasrat seorang suami untuk mendapatkan wang tambahan bagi menyara keluarga musnah selepas terjatuh dari pokok dokong hingga lumpuh.

Kejadian 27 Oktober lalu itu berlaku semasa mangsa, Mat Yuning Sin, 44, berada pada ketinggian enam meter terjatuh apabila dahan yang dipijak patah.

Ekoran itu, bapa kepada lima orang anak berusia dua bulan hingga 19 tahun itu patah tulang rusuk dan belakang.

Iklan
Iklan

"Walaupun terlantar di atas katil, alhamdulillah kedua-dua tangan dan kaki saya tidak mengalami kecederaan," katanya kepada pemberita semasa menerima kunjungan daripada Aktivis masyarakat Amran Rahman di rumahnya di Kampung Tanjong di sini pada Ahad.

Dalam lawatan tersebut, Mat Yuning menerima bantuan katil, tilam dan kelengkapan dapur daripada Amran.

Iklan

Sementara itu, isterinya, Suhana Abdul Rashid, 35, memberitahu, dia terpaksa bekerja dengan mengambil upah membersihkan rumah dengan bayaran RM45 sehari selepas dua bulan bersalin.

Tambah dia, sebelum ini mereka sekeluarga sudah berdepan dengan masalah kewangan kerana pendapatan suami sebagai tukang rumah tidak menentu.

Iklan

"Anak kami yang berusia 15 dan 19 tahun terpaksa berhenti sekolah kerana tiada wang. Malah kami juga mengalami tunggakan bil elektrik berjumlah RM2,053.34.

"Bukan kami tidak berusaha, tetapi pendapatan yang ada hanya cukup untuk membeli makanan bagi meneruskan hidup. Mujurlah rumah ihsan ibu mertua yang hanya mempunyai satu bilik ini tidak perlu dibayar sewa," katanya.

Suhana memberitahu, lebih memburukkan lagi apabila suaminya perlu dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) untuk membuat rawatan susulan dan perlu menyewa ambulans pada harga RM250 hingga RM300.

Setakat ini dia baru sahaja mengisi borang untuk mendapatkan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian melalui akaun Bank Islam 03018021617580 Suhana Abdul Rashid.