Dewan Rakyat zahir takziah atas kematian Natrah

Iklan
Allahyarhamah Natrah Ismail

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat pada Isnin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga bekas Ahli Parlimen Sekijang, Natrah Ismail yang meninggal dunia Khamis lalu.

Ucapan itu dizahirkan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ramli Mohd Nor, mewakili semua ahli Parlimen dan petugas institusi tersebut.

Iklan
Iklan

"Saya mengharapkan seluruh keluarga Allahyarhamah terus tabah dalam menghadapi situasi ini. Semoga ALLAH SWT cucuri rahmat ke atas roh beliau,” katanya.

Sinar Harian pada Khamis melaporkan, Natrah yang juga Ahli Majlis Pimpinan Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) meninggal dunia pada usia 73 tahun akibat kanser di Hospital Segamat, Johor.

Iklan

Allahyarhamah menjadi Ahli Parlimen Sekijang sejak 2018 hingga 2022.

Iklan