[VIDEO] Deepavali: Kerajaan belum bincang beri pengecualian bayaran tol

Iklan

KUALA LUMPUR - Kerajaan belum membuat sebarang perbincangan untuk memberikan pengecualian bayaran tol sempena Deepavali yang bakal diraikan hujung minggu ini.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, sebarang pengumuman mengenai perkara tersebut akan dibuat Kementerian Kewangan (MOF).

Iklan
Iklan

"Setakat ini saya nyatakan bahawa belum ada perbincangan lagi (pengecualian bayaran tol sempena Deepavali) dan kalau ada pengumuman MOF akan buat melalui Kementerian Kerja Raya (KKR).

"Maknanya (apabila) kita (KKR) dapat kelulusan daripada MOF barulah kita akan umumkan ada pelepasan tol atau tidak,” katanya di Dewan Rakyat di sini pada Isnin.

Iklan

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan RSN Rayer (PH-Jelutong) yang memintanya menyatakan sama ada kerajaan akan memberi sebarang pelepasan tol sempena Deepavali yang akan disambut Sabtu ini.

Abdul Rahman - Foto Bernama

Abdul Rahman dalam jawapan balasnya juga mengakui bersetuju dengan soalan yang dibangkitkan ahli Parlimen bagi mewakili hasrat kaum India di negara ini.

Iklan

"Saya menyokong apa yang (Ahli Parlimen) Jelutong nyatakan tapi terpulang (kepada MOF untuk buat keputusan),” katanya.