PEMAIN perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia mengumumkan menarik diri daripada kejohanan Korea Masters 2023 di Gwangju yang bermula esok hingga 12 November.
Sebagai pilihan kedua, Zii Ji dijadualkan menentang bekas juara dunia dua kali Kento Momota dari Jepun pada pusingan pembukaan kejohanan Super 300 itu di Stadium Universiti Wanita Gwangju.
Selepas berunding dengan doktor dan pakar fizikal, Team LZJ menerusi pesanan di Instagram hari ini mengesahkan bahawa adalah lebih baik bagi pemain nombor 11 dunia itu mengambil sedikit masa lagi untuk pulih sepenuhnya sebelum kembali ke gelanggang.
"Tiada apa-apa yang serius untuk dibimbangkan, terima kasih atas segala ucapan selamat, dan nanti kita jumpa lagi," katanya.
Kejohanan Korea Masters 2023 menawarkan hadiah berjumlah ASD210,000.