ABU DHABI - Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan mengarahkan Kementerian Pertahanan untuk memulakan operasi kemanusiaan 'Gallant Knight 3', yang bertujuan membantu rakyat Palestin di Semenanjung Gaza.
Beliau mengarahkan operasi kemanusiaan itu dijalankan dengan kerjasama rapat Bulan Sabit Merah UAE, Khalifa bin Zayed Al Nahyan Foundation, Zayed Charitable Humanitarian Foundation dan institusi-institusi UAE lain, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).