Banjir Selangor: Jalan BBST ke Kota Warisan ditutup

Iklan
Jalan Bandar Baru Salak Tinggi ke Kota Warisan di Sepang ditutup sementara berikutan kenaikan paras air akibat banjir. - Foto Facebook Trafik IPD Sepang

SHAH ALAM - Jalan Bandar Baru Salak Tinggi (BBST) ke Kota Warisan di Sepang ditutup sementara mulai Ahad berikutan kenaikan paras air akibat hujan berterusan pada Sabtu.

Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang memaklumkan, penutupan termasuk laluan alternatif bagi menjaga aspek keselamatan pengguna jalan raya selain mengelak masalah kepada kenderaan.

Iklan
Iklan

"Penutupan jalan bermula hari ini sehingga dimaklumkan. Diharap semua pengguna jalan raya dapat beri kerjasama dan dinasihatkan untuk menggunakan laluan lain sebagai alternatif dalam tempoh berkenaan,” menurut kenyataan Trafik IPD Sepang di Facebooknya.

Kenaikan paras air akibat banjir. - Foto Facebook Trafik IPD Sepang
Iklan

Pada Sabtu, hujan berterusan mengakibatkan Sepang dilanda banjir dan empat pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan mangsa terjejas.

Iklan

PPS itu Dewan Kampung Dato’ Ahmad Razaki, Dewan Komuniti Taman Gemilang, Dewan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Jenderam Hilir dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dengkil.