KUALA LUMPUR - Pelaksanaan Aliran Pantas Pelbagai Lorong (MLFF) bagi sistem kutipan tol di lebuh raya akan menggunakan sistem Pengecaman Nombor Pendaftaran Automatik (ANPR) selain sistem Pengecaman Frekuensi Radio (RFID).
Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, dengan pelaksanaan MLFF, pengguna tidak lagi perlu memberhentikan atau memperlahankan kenderaan bagi membuat bayaran tol, sekali gus meningkatkan kelancaran perjalanan di lebuh raya melalui transaksi pembayaran tol yang cepat dan efisien."...dalam masa sama kita akan cuba pada 2024, penggunaan tersebut secara percubaan kita nak melihat keadaannya lebih sesuai digunakan...kita telah pergi melihat banyak negara menggunakan MLFF ini, penggunaannya sangat baik, jadi insya-ALLAH kita akan cuba sedaya upaya,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Sebanyak 416 lorong tol di seluruh lebuh raya di Malaysia menggunakan teknologi RFID. - Gambar hiasan.