Lapan barang disenarai di bawah SHMMP Deepavali

Iklan
Lapan barangan termasuk bawang merah besar import dan kacang dal Australia disenaraikan di bawah SHMMP Deepavali 2023 - Gambar hiasan, gambar kecil: Armizan - Foto: Bernama
KAJANG - Lapan barangan termasuk bawang merah besar import dan kacang dal Australia disenaraikan di bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Deepavali 2023, berkuat kuasa tujuh hari bermula 9 hingga 15 November ini.

Pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata barangan lain ialah bawang merah kecil (India) tidak termasuk ros, cili merah, daging kambing biri-biri bertulang import, kelapa biji (harga maksimum pada peringkat borong sahaja), kelapa parut (harga maksimum pada peringkat runcit sahaja) dan tomato.

Armizan berkata, semakan harga boleh dibuat menerusi laman web Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara (KPDN) di https://www.kpdn.gov.my.

"Sebarang kes mengenai harga barangan juga kita minta orang ramai agar melaporkan secara terus kepada mana-mana platform kementerian bagi memastikan aduan itu dapat disiasat dengan segera,” katanya.

Deepavali atau pesta cahaya akan disambut oleh penganut agama Hindu di seluruh negara Ahad ini. - Bernama