Curi duit tabung masjid, lelaki dipenjara dua bulan

Iklan
Sabarudin (tengah) ketika dibawa keluar dari Mahkamah Majsitret, di sini pada Isnin.

MELAKA - Gara-gara mencuri wang tabung masjid, seorang lelaki dihukum penjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret, di sini pada Isnin.

Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman menjatuhkan hukuman itu ke atas Sabarudin Rosli, 32, selepas tertuduh mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Iklan
Iklan

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didapati dengan niat curang cuba melakukan curi duit di dalam tabung masjid di Masjid An Nur, Peringgit, Jalan Kampung Peringgit, di sini pada jam 10.30 malam, 30 Oktober lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 511 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda, sabit kesalahan.

Iklan

Ketika rayuan, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan kerana telah insaf.

Timbalan Pendakwa Raya Nor Asnini Kamarudin memohon tertuduh dikenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran dan tertuduh tidak mengulangi kesalahannya.

Iklan

Mahkamah kemudian membenarkan hukuman dua bulan penjara dari tarikh ditangkap pada 30 Oktober lalu.