MATRADE sasar wujud lebih banyak peluang eksport di Ekspo China

Iklan
Matrade - Gambar fail

PERBADANAN Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) menyasarkan untuk mewujudkan lebih banyak peluang eksport di China dengan menyelaraskan penyertaan 10 syarikat tempatan dalam pelbagai sektor pada Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) keenam.

Pesuruhjaya Perdagangannya, Damian Santosh Samson berkata, agensi itu optimis acara yang diadakan di sini dari semalam hingga 10 November itu dapat membantu meningkatkan kejelasan produk dan perkhidmatan Malaysia di pasaran antarabangsa, khususnya China.

Iklan
Iklan

"Memandangkan kita berada dalam era pasca pandemik, kita kini menyaksikan ekonomi mula kembali pulih dan kita mahu syarikat Malaysia mengambil peluang dengan peningkatan trend pembelian di China," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Antara syarikat yang menyertai ekspo itu ialah Soon Soon Oilmills Sdn Bhd, Imagine Innovation Sdn Bhd, Optimal Nutrition Sdn Bhd dan Fuciphagus Agritech Sdn Bhd.

Iklan

CIIE dihoskan oleh Kementerian Perdagangan dan Kerajaan Rakyat Perbandaran Shanghai dan dianjurkan oleh Biro Ekspo Import Antarabangsa China serta Pusat Pameran dan Konvensyen Kebangsaan (Shanghai).

CIIE tahun ini yang diadakan di Pusat Pameran dan Konvensyen Kebangsaan itu telah menarik peserta dan pengunjung dari 154 negara, wilayah dan organisasi antarabangsa.

Iklan

Lebih 3,400 peserta pameran dan hampir 410,000 pelawat profesional telah mendaftar untuk acara itu, menunjukkan pemulihan penuh ke tahap sebelum pandemik. - Bernama