ISLAMABAD - Kerajaan wilayah Balochistan di barat daya Pakistan mengeluarkan amaran pada Ahad mengenai penularan demam berdarah Crimean-Congo (CCHF) selepas seorang doktor meninggal dunia, menurut kenyataan rasmi.
Ketua Menteri Balochistan, Mir Ali Mardan Domki mengarahkan jabatan kesihatan dan ternakan di wilayah itu supaya mengambil tindakan segera membendung penyakit itu yang setakat ini telah meragut 16 nyawa.