NEW YORK - Ketua 18 agensi di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan organisasi bukan untung (NPO) mendesak gencatan senjata di Semenanjung Gaza.
"Gencatan senjata kemanusiaan segera perlu dilakukan. Sudah 30 hari. Cukup-cukuplah. Keganasan ini mesti dihentikan sekarang,” kata ketua UNICEF, UN Women, Program Makanan Sedunia, Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan Save the Children dalam satu kenyataan pada Isnin.
Pengeboman tanpa henti tentera penceroboh Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober lalu menyaksikan hampir 10,000 orang awam Palestin terbunuh dan lebih 24,000 cedera, dengan lebih 70 peratus daripada mereka terdiri kanak-kanak, wanita dan warga emas.
"Selama hampir sebulan, dunia memerhatikan situasi yang berlaku di Israel dan di wilayah yang diduduki di Palestin...terkejut dan ngeri dengan jumlah korban,” lapor Agensi berita Palestin (WAFA) memetik kenyataan agensi PBB itu.
Agensi berkenaan turut mengecam tindakan tentera Israel itu yang telah meragut nyawa ramai pekerja bantuan.
Ramai pekerja bantuan dilaporkan terbunuh sejak 7 Oktober termasuk 88 rakan sekerja UNRWA - jumlah kematian tertinggi PBB yang pernah direkodkan dalam satu konflik.
Ketua-ketua agensi PBB itu menggesa semua pihak supaya"menghormati kewajipan mereka terhadap undang-undang kemanusiaan dan hak asasi manusia antarabangsa", termasuk melindungi infrastruktur awam seperti hospital dan sekolah selain membenarkan bantuan masuk ke Gaza. - Bernama