Wanita seberat 350kg mahu turunkan berat badan

Iklan
Titi Wati, seorang suri rumah dari Palangka Raya mempunyai berat badan mencecah 350 kg. - Foto iNews id

PALANGKA RAYA - KALIMANTAN TENGAH.Lantaran berat badan mencecah sekitar 350 kilogram (kg), seorang suri rumah dari Kelurahan Menteng, Palangka Raya hanya mampu terbaring di rumah sewanya.

Titi Wati, 37, tidak mampu bergerak disebabkan saiz badannya yang besar, jauh berbeza ketika beratnya cuma 60kg satu ketika dulu.

Iklan
Iklan

Suri rumah itu berkata, berat badannya meningkat secara mendadak sejak tujuh tahun lalu akibat gemar makan kudapan dan minum minuman berais.

Menurut Wati, dia pernah memiliki berat badan 167kg hasil meminum minuman herba.

Wati menunjukkan gambarnya ketika memiliki berat badan 60kg satu waktu dulu.- Foto Istimewa Tribune Kalteng

Iklan

"Bagaimanapun, minuman herba itu sangat mahal dan saya tidak mampu terus membelinya.

"Disebabkan itu, tabiat pemakanan saya kembali kepada yang asal," katanya yang mengaku sejak terlantar, waktunya banyak dihabiskan dengan menonton televisyen dan berkaroake.

Iklan

Segala urusan diri seharian Wati termasuk mandi harus dibantu oleh anak tunggalnya, Herlina berusia 19 tahun.

Mengakui ingin memiliki berat badan normal dan mampu melakukan aktiviti harian, Wati mengharapkan bantuan kerajaan untuk mendapatkan rawatan penurunan berat badan.

"Saya berharap kerajaan dapat memberikan bantuan kepada saya untuk rawatan menurunkan berat badan yang sudah mencapai lebih 350kg,” kata Wati.

Sementara itu, pihak berkuasa kesihatan bercadang membawa Wati ke hospital bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut, namun ia juga bergantung kepada keizinan keluarga wanita berkenaan terutama suaminya. - Liputan6/belitung.tribunnews.com