Ahli Parlimen pembangkang gesa kerajaan segera bentang RUU 355

Iklan
Abd Ghani ketika perbahasan di Peringkat Jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri di Dewan Rakyat, di Dewan Rakyat pada Isnin.

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa agar membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (RUU 355) dengan kadar segera.

Dr Abd Ghani Ahmad (PN-Jerlun) berkata, ia susulan kesalahan membabitkan jenayah syariah semakin bertambah ketika ini.

Iklan
Iklan

"Saya difahamkan kelulusan Jemaah Menteri untuk membolehkan RUU 355 dibentangkan sudah pun diperoleh oleh anggota kabinet pada Ogos tahun lalu.

"Namun begitu, Parlimen telah dibubarkan pada 6 Oktober 2022 menyebabkan kerajaan pada waktu itu tidak dapat membentangkannya.

Iklan

"Oleh itu, saya pohon agar kerajaan dapat membentangkan RUU 355 ini dengan kadar segera," katanya ketika perbahasan di Peringkat Jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri di Dewan Rakyat di sini pada Isnin.

Abd Ghani dalam masa sama turut meminta kerajaan menyatakan status terkini penggubalan RUU berkenaan di peringkat Jabatan Peguam Negara.

Iklan

Media pada Mac lalu melaporkan, pindaan RUU 355 akan dibawa ke Kabinet untuk mendapat keputusan dasar.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, pihaknya ketika ini sedang menyediakan kertas jemaah menteri.

Usul pindaan Akta 355 itu dibuat oleh Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat pada 24 November 2016.

Menurut Presiden Pas itu, usul tersebut bertujuan memperkasakan mahkamah syariah dalam melaksanakan hukuman jenayah.