Dua pusat pemindahan sementara dibuka di Keningau

Iklan

KOTA KINABALU - Dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Sook, Keningau bagi menempatkan 95 mangsa banjir daripada 19 keluarga semalam.

Menurut Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah dalam kenyataan hari ini, PPS berkenaan dibuka selepas dua kampung di Sook masing-masing, Kampung Rancangan Belia Tiulon dan Kampung Sook Pusat dinaiki air berikutan hujan berterusan semalam.

Iklan
Iklan

Jalan perhubungan utama ke Kampung Rancangan Belia Tiulon turut terjejas, bagaimanapun, ketika ini air sudah mulai surut. - Bernama