Bilal maut dalam perjalanan ke masjid

Iklan
Motosikal yang dinaiki mangsa tergelincir selepas melalui jambatan kayu di Jalan Kalatuan, Papar.

PAPAR - Seorang bilal maut selepas motosikal yang ditunggangnya tergelincir ketika melalui sebuah jambatan kayu di Jalan Kalatuan, di sini pada Isnin.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.45 pagi itu, lelaki berusia 41 tahun itu dalam perjalanan menuju ke Masjid Kalatuan yang terletak sejauh satu kilometer dari rumahnya di Kampung Kalatuan.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Papar, Superintenden Kamaruddin Ambo Sakka berkata, ketika kejadian mangsa bersendirian menunggang motosikal jenis Modenas.

"Bagaimanapun ketika melalui sebuah jambatan kayu, motosikalnya tergelincir lalu terbabas dan menyebabkan mangsa melambung ke atas sebelum terjatuh di atas jalan raya," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Iklan

Katanya lagi, akibat kejadian itu, mangsa mengalami cedera parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

"Bagaimanapun, siasatan masih diteruskan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Iklan