Ancaman bom nuklear di Gaza sangat membimbangkan - Maldives

Iklan
Kerajaan Maldives pada Isnin mengutuk tindakan Israel yang mengancam mahu menggunakan bom nuklear terhadap Gaza. - Foto AFP

NEW DELHI - Kerajaan Maldives pada Isnin mengutuk tindakan Israel yang mengancam mahu menggunakan bom nuklear terhadap Gaza.

"Kenyataan itu amat membimbangkan, terutama Israel sudah pun menceroboh dan membunuh orang awam yang tidak bersalah di Palestin," kata kerajaan Maldives dalam satu kenyataan.

Iklan
Iklan

Kemarahan antarabangsa semakin meningkat ekoran Israel terus mengingkari gesaan supaya menghentikan pengeboman yang dilakukan sewenang-wenangnya terhadap 2.3 juta penduduk Gaza.

Ramai yang membangkitkan sikap doublespeak Barat mengenai hak asasi manusia dalam sokongan mereka terhadap Israel.

Iklan
Mahmud al-Atrash antara mangsa kekejaman Israel. - Foto AFP

Menteri Luar Sri Lanka, Ali Sabry berkata:"Pakatan secara kolektif dunia kononnya bertamadun, menindas manusia paling malang di bumi... di manakah negara-negara yang mendakwa memperjuangkan hak asasi manusia.

"Keputusan terpilih dan tersirat anda tidak mengejutkan sama sekali," kata Sabry.

Iklan

Israel telah memusnahkan sejumlah besar sekolah, masjid, kawasan kejiranan dan hospital di Gaza.

Ambulans yang membawa mangsa turut menjadi sasaran tentera udara Israel.

Ancaman nuklear oleh menteri Israel itu telah mencetuskan lebih banyak kebimbangan di Asia Barat dan kemungkinan akan menyebabkan konflik serantau yang lebih meluas. - Bernama