Anak orang asli berdebar tunggu giliran

Iklan
Suasana meriah di pekarangan surau apabila bomba menyiram peserta sebelum berkhatan.

JERANTUT - Remaja orang asli antara 50 kanak-kanak yang teruja menyertai program Khatan Perdana Parlimen Jerantut yang berlangsung di Surau As Syahadah dekat Sungai Jan di sini semalam.

Program dianjurkan Ahli Parlimen, Datuk Ahmad Nazlan Idris

Iklan
Iklan

Khirul Atan, 10, dari Sungai Kiol mengakui tidak gentar berkhatan dan pernah melihat pengalaman ramai rakan sebayanya yang melangkah ke alam dewasa.

"Saya tidak takun berkhatan kerana bersama rakan-rakan lain cuma berdebar sikit sahaja kerana menunggu giliran," katanya.

Iklan

Rakannya, Izhar Teh, 15, dari perkampungan Orang Asli Sungai Mai teruja kerana dapat menyertai program tersebut dan sudah lama berhasrat berkhatan tetapi bapanya tidak mampu membayar upah di hospital.

"Saya sendiri memberitahu ayah untuk menyertai program berkhatan beramai-ramai ini," katanya yang yang paling berusia menyertai program tersebut.

Iklan

Peserta termuda, Rayyan Rifky Kong Wei Kait, 5, pula teruja dapat berkhatan bersama kawan-kawan dari taman perumahan yang sama.

"Tahun lalu saya lihat abang dan kawan berkhatan. Mereka kata tidak sakit dan selepas dua minggu sudah boleh bermain," kataya.

Sementara itu, Ahmad Nazlan memberitahu program berkhatan secara percuma itu bertujuan memberi peluang kepada keluarga B40 yang kurang berkemampuan.

Menurutnya, program tahunan itu juga dapat mengurangkan beban perbelanjaan keluarga terlibat kerana selepas ini mereka terpaksa menanggung kos persiapan persekolahan anak-anak.