'Tindakan 'tidak masuk akal' sumbat tilam dalam mesin pengering'

Iklan
Tindak tanduk dua individu yang cuba memasukkan tilam ke dalam mesin pengering.

SHAH ALAM - Tindakan dua individu yang memasukkan tilam bersaiz bujang ke dalam mesin pengering di premis dobi layan diri menerima kecaman kerana disifatkan sebagai tidak masuk akal.

Berdasarkan video tular berdurasi 25 saat yang dimuat naik pengguna di Aplikasi X, lelaki dan wanita itu dilihat menggulung tilam dan memasukkan ke mesin pengering meskipun menyedari mesin itu tidak dapat memuatkannya.

Iklan
Iklan

Dalam paparan video berkenaan juga kelihatan satu lagi tilam bersaiz sama sudah berada dalam mesin pengering di bahagian bawah turut dilihat terkeluar dipercayai 'hasil' perbuatan individu sama.

Bagaimanapun, lokasi kejadian tidak dapat dipastikan.

Iklan

Video berkenaan mengundang perhatian dan kritikan daripada warganet kerana tindakan dua individu itu boleh menyebabkan kerosakan dan kerugian kepada pemilik kedai.

"Di luar kotak pemikiran mereka. Tidak tercapai dek akal,” kata @inanijaafar.

Iklan

"Bukan di setiap kedai dobi ada peringatan ‘jangan masuk tilam, kasut dan karpet,” kata @ImnAdrn.

"Ini seperti teka teki, macam mana nak masukkan gajah dalam peti sejuk?,” soal @fawauzaya.

"Mujur tidak muat... Kalau tak bayangkan kerugian yang dihadapi pemilik kedai,” katanya @YldafAzlee.

Antara barangan tidak boleh dimasukkan ke dalam mesin basuh atau pengering ialah tilam, kasut, pemetik, mancis api, karpet, barang berminyak atau bahan api dan alkohol.