Gangguan emosi melihat mangsa keganasan
Iklan
"BERAT mata memandang, berat lagi bahu memikul.” Tapi dalam kes membaca berita konflik keganasan, hati yang memandang juga berat dengan bebanan emosi dan boleh menjejaskan kesihatan mental jika ditonton foto/videonya berulang-ulang, dalam jangka panjang dan berhari-hari.
Pernahkah anda menyaksikan orang mengalami gangguan emosi ketika pandemik Covid-19 disebabkan menghabiskan masa membaca/menonton berita jumlah jangkitan, berita kematian dan berita palsu tentang?
Begitu juga, ia boleh berlaku apabila kita membaca/menonton berita ngeri tentang perang di Palestin.