Dita penyelamat 250 si bulus jalanan

Iklan
Dita memberi makan kepada kucing peliharaannya. - Foto Agensi

JAKARTA - Di pinggir ibu negara Indonesia, seorang suri rumah, Dita Agusta tinggal bersama lebih 250 ekor kucing jalanan.

Wanita itu memberikan tempat perlindungan untuk haiwan comel, namun dalam masa sama mengharapkan ada individu berhati mulia sudi mengambil dan menjaganya satu hari nanti.

Iklan
Iklan

Menurut Dita, 45, dia mempunyai keinginan untuk menyelamatkan kucing terbiar di sekitar kejiranannya sejak kecil lagi.

Hasratnya itu tercapai selepas dia dan suami, Mohamad Lutfi yang bekerja sebagai petani berpindah dari bandar Bekasi di Jawa Barat ke Parung dekat wilayah sama dan mendiami rumah yang lebih besar.

Iklan

Kini, pasangan tersebut menghabiskan sekurang-kurangnya AS$72 (RM298) sehari untuk menampung kos makanan dan ubat bagi 250 kucing peliharaannya.

Selain itu, mereka turut menggaji lima orang pekerja untuk membersihkan seluruh rumah dua kali sehari bagi memastikan tempat perlindungan berkenaan sentiasa bersih.

Iklan

"Sangat sukar apabila melihat kucing ditinggalkan di tepi jalan. Kami tidak mengambil kucing yang sihat sebaliknya hanya mengutip kucing yang perlukan bantuan untuk tinggal di tempat perlindungan," katanya.

Pemilik Rumah Kucing Parung ini juga sering berjalan di sekitar kejiranannya untuk meletakkan makanan bagi setiap kucing yang ditemui.

Difahamkan, kesemua 250 ekor kucing di rumahnya dimandulkan bagi mengawal pembiakan haiwan tersebut.

Kucingnya juga dijaga rapi bagi memastikan ia sihat dan tidak menjejaskan kesihatan masyarakat sekitar. - Agensi