JOHOR BAHRU - Seorang lelaki warga tempatan maut selepas terjatuh dari tingkat enam sebuah hospital di sini, pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, hasil siasatan mendapati mangsa berusia 22 tahun dan merupakan pemegang kad orang kurang upaya (OKU).
Iklan
Iklan
Menurutnya, mangsa hadir ke hospital berkenaan bagi menjalani pembedahan kaki yang dijadualkan pada Rabu.
"Bagaimanapun, pembedahan tersebut dibatalkan kerana lelaki berkenaan didapati mengalami selesema dan dibenarkan untuk keluar (pulang) dari hospital.
"Selain itu, polis juga tidak menemui sebarang unsur jenayah dalam kejadian berkenaan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya.
Raub berkata, polis memohon orang ramai yang melihat kejadian tersebut tampil memberikan maklumat di Balai Polis Taman Setia Indah.
Katanya, orang ramai juga boleh menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor S Sri Amutheyindharan Chettiar di talian 016-2203465.