Iga Swiatek kini pemain tenis nombor satu dunia

Iklan
Swiatek mengungguli final WTA di Cancun, Mexico. Foto: EPA

PEMAIN tenis sensasi, Iga Swiatek berada dalam kelas tersendiri apabila merampas takhta nombor satu dunia daripada Aryna Sabalenka dari Belarus.

Kejayaan itu diraih setelah pemain Poland itu menundukkan Jessica Pegula dari Amerika Syarikat (AS) untuk mengungguli final WTA dalam aksi yang tertangguh akibat hujan awal pagi Selasa.

Iklan
Iklan

Sabalenka merampas gelaran nombor satu dunia daripada Swiatek selepas Terbuka AS September lalu.

Pemain berusia 22 tahun itu mendominasi permainan dari awal untuk melakar kemenangan 6-1, 6-0 dalam tempoh 59 minit di Cancun, Mexico.

Iklan

Pegula sebelum ini menewaskan Swiatek dalam pertemuan di Montreal pada Ogos.

"Kami berdepan banyak detik turun naik tetapi kali ini sudah pasti naik dan banyak lagi akan datang jika kami terus bekerja keras,” kata pemain pilihan kedua kejohanan itu.

Iklan

Kemenangan ke-17 dalam kariernya itu memastikan Swiatek, juara major perseorangan empat kali, menamatkan musim sebagai pemain nombor satu dunia untuk tahun kedua berturut-turut.