Agong berkenan saksi pemeteraian MoA Kemas, Yayasan Pahang

Iklan
Al-Sultan Abdullah (tengah) berkenan menyaksikan pemeteraian MoA antara Kemas dan Yayasan Pahang di Pusat Kegiatan Masyarakat (PKM) Kemas Kampung Sri Batu hari ini. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) antara Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) dan Yayasan Pahang hari ini.

Pada majlis pemeteraian MoA itu, Kemas diwakili Ketua Pengarahnya, Datuk Ahmad Kamal Idris Mohd Nawawi manakala Yayasan Pahang diwakili Pengarahnya, Datuk Dr Ahmad Munawar Abdul Jalil.

Iklan
Iklan

Perjanjian antara Kemas dan Yayasan Pahang itu bagi melaksanakan program Tabika Pra Tahfiz Kemas iaitu program di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dalam memperkasakan pendidikan al-Quran kepada kanak-kanak.

Al-Sultan Abdullah (berdiri, tengah) berkenan menyaksikan pemeteraian MoA antara Kemas dan Yayasan Pahang. - Foto Bernama

Terdahulu, keberangkatan tiba Seri Paduka di Pusat Kegiatan Masyarakat Kemas, Kampung Seri Batu di sini, disambut Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Iklan

Turut hadir, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Timbalan Menteri KKDW, Datuk Rubiah Wang.

Al-Sultan Abdullah berkenan berangkat pada Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian antara Kemas dan Yayasan Pahang bagi melaksanakan Program Tabika Pra Tahfiz di Pusat Kegiatan Masyarakat (PKM) Kemas Kampung Sri Batu hari ini. - Foto Bernama

Menerusi Belanjawan 2024 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 13 Okt lepas, Kerajaan Perpaduan memperuntukkan RM20 juta bagi melaksanakan Program Pra Tahfiz Kemas. - Bernama

Iklan