SYDNEY - Seorang lelaki berusia 39 tahun dari Australia disahkan terkena jangkitan sifilis pada mata selepas mengalami sakit kepala selama tiga minggu.
Kesakitannya semakin teruk apabila dia menggerakkan bola mata namun penglihatannya dilaporkan masih normal.
Menurut laporan perubatan, doktor mendapati saraf optik yang menghantar maklumat ke otak pesakit telah membengkak.
Ujian lanjut yang dilakukan menunjukkan pesakit didiagnosis dengan sifilis, sejenis jangkitan seksual yang disebarkan daripada alat kelamin dan mampu merebak ke seluruh tubuh jika tidak dirawat.
Difahamkan, lelaki itu telah melakukan pelbagai ujian perubatan termasuk mengambil cecair dari tulang belakangnya sebelum ujian darah mendedahkan bakteria penyebab jangkitan tersebut.
Jurucakap Hospital Mata Sydey, Jason Yosar berkata, jangkitan mata hanya berlaku sekurang-kurangnya satu daripada 100 orang yang dijangkiti penyakit itu.
"sifilis mesti dianggap sebagai diagnosis dalam semua kes pembengkakan saraf optik dan rawatan awal dengan penisilin tetap berkesan dengan kadar penyembuhan yang tinggi," katanya.
sifilis berpunca daripada bakteria Treponema pallidum dan biasanya disebarkan oleh seks bebas. - Agensi