TH bantu lancar urusan jemaah

Iklan
Kewujudan agensi umrah berlesen adalah salah satu cara terbaik untuk menangani kes-kes penipuan pakej umrah.

SETIAP umat Islam di Malaysia mempunyai keinginan untuk mengerjakan haji dan umrah jika ada kemampuan terutama dari segi kewangan.

Justeru, persediaan dari segi kewangan sangat penting bagi memastikan setiap orang mampu untuk menunaikan haji dan umrah.

Iklan
Iklan

Selain menunaikan haji atau umrah melalui Tabung Haji (TH), umat Islam ada pilihan untuk menunaikan ibadah berkenaan melalui anak syarikat TH atau agensi pelancongan berdaftar dengan TH antaranya TH Travel & Services Sdn Bhd (TH Travel) dan Andalusia Travel & Tour Sdn Bhd (Andalusia).

Jurucakap TH Travel Wilayah Utara, Agus Salim Mustafa, 52, berkata, pihaknya menjanjikan tawaran pakej umrah tanpa kos tersembunyi kepada jemaah bagi memastikan urusan ibadah mereka sempurna tanpa beban kewangan tambahan.

Iklan
Agus Salim Mustafa

Menurutnya, kebanyakan jemaah mengadu sering berdepan masalah kos tersembunyi dalam tawaran pakej umrah murah segelintir agensi pelancongan.

"Sebagai contoh, ada jemaah terpaksa mengeluarkan bayaran tambahan untuk makan tengah hari dan malam disebabkan pakej penginapan hotel hanya melibatkan sarapan.

Iklan

"Malah, ada pakej umrah murah tidak menyertakan kos tambahan sewa bas untuk program ziarah luar Madinah seperti melawat Jabal Uhud, umrah Jaranah dan umrah Hudaibiyah dan situasi itu akhirnya membebankan jemaah.

"Bagaimanapun, di TH Travel kita akan pastikan setiap jemaah tidak perlu memikirkan permasalahan tambahan apabila menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Harga kompetitif Agus Salim berkata, pihaknya akan memastikan keseluruhan pakej yang ditawarkan sangat kompetitif dari segi harga dan mampu dibeli oleh semua lapisan umat Islam.

"Kita memperkenalkan beberapa pakej yang lebih murah, kompetitif dan bersifat mampu beli bagi membolehkan setiap lapisan masyarakat boleh mengerjakan umrah dan haji.

"Walaupun dikategorikan sebagai pakej ekonomi, namun kualiti perkhidmatan tetap sama seperti sebelum ini termasuk kemudahan asas seperti hotel, sajian makan minum, pengangkutan dan bimbingan ibadah.

"Contohnya, bagi pakej umrah, harga terendah setakat ini adalah Pakej Hijra iaitu harga bermula daripada RM5,890. Lingkungan harga pakej itu dikira cukup murah dan mampu oleh setiap lapisan peringkat umat Islam di Malaysia,” katanya.

Menurutnya, TH Travel menawarkan pelbagai kelebihan berbanding agensi pelancongan yang lain antaranya dari segi keselamatan, kualiti, harga dan ibadah yang ditawarkan.

"Dalam aspek mendapatkan visa umrah atau haji, Alhamdulillah setakat ini belum ada jemaah yang terkandas, malah mereka tidak perlu bimbang kerana TH Travel mempunyai lebih 20 petugas tetap di Tanah Suci sebagai pemantau keselamatan jemaah sepanjang berada di sana, selain kami juga mempunyai pejabat tetap di Jeddah.

"Hotel yang disediakan bertaraf empat hingga lima bintang, manakala sajian makanan pula mengikut cita rasa Malaysia dan antarabangsa,” katanya.

Kebajikan

Sementara itu, Pengarah Andalusia, Ida Riswana Idris berkata, sebagai sebuah syarikat yang mendapat pengiktirafan antarabangsa dan Malaysia, Andalusia menawarkan pakej yang terbaik serta berpatutan selain sentiasa mementingkan kepuasan pelanggan.

Idra Riswana Idris

"Kelebihan yang kami ada jarang ditawarkan oleh agensi umrah lain antaranya ketetapan jadual pakej semusim penuh lebih awal, jaminan pakej sama seperti yang dijual kepada pelanggan dari awal musim kerana tiket-tiket penerbangan dan hotel penginapan yang ditempah sudah dibayar sejak awal.

"Barisan pengurusan kami di Makkah dan Madinah serta pegawai dari Malaysia akan bertugas sepenuh masa untuk menjaga kebajikan jemaah sepanjang musim dan bukan mengikut tempoh kumpulan tersebut.

"Lebih istimewa, kami ada kira-kira 300 mutawwif yang kami latih sendiri dengan sistem pengurusan mutawwif. Semua mutawwif Andalusia akan melalui kursus syafawi (lisan) dan tahriri (ujian) setiap kali sebelum musim bermula,” katanya.

Katanya, pertumbuhan agensi umrah berlesen adalah salah satu cara terbaik untuk menangani kes penipuan pakej.

"Orang ramai boleh merujuk portal Kementerian Pelancongan untuk menentukan status setiap agensi umrah. Paling penting, mereka perlu berkunjung dan berurusan terus dengan ibu pejabat atau cawangan agensi tersebut dan bukan melalui ejen atau orang tengah,” katanya.

Agensi pelancongan berdaftar membantu melancarkan perjalanan ibadah haji dan umrah jemaah.

SENARAI PENGELOLA JEMAAH HAJI (PJH) 2019TH Travel & Services

Al Balad Travel & Tours

C.S Holiday

Citra Travel & Tour Sdn Bhd

Ash-Har Travel & Tours

Batuta Travel & Tours

Gemilang Travel & Tours

Jad Travel & Tours

Alif Travel & Tours1

Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd

Eiman Travel & Tours

Felda Travel Sdn Bhd

MKM Ticketing Travel & Tours

Rayhar Travels

Utas Travel & Tours Worldwide Holidays Sdn Bhd

Wira Saujana Travels & Tours

Juara Travel & Tours

Masamas Travel & Tours

Touch Me Travel & Tours

Syarikat Pelancongan Yaskin

TM Tours & Travel

Zahafiz Travel & Tours

Pakej umrah yang ditawarkan TH Travel.