Gaza: Rakyat Malaysia seolah-olah tidak sependapat - Tun M

Iklan
Tangkap layar hantaran menerusi akaun rasmi bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di aplikasi X pada Selasa.

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan rakyat Malaysia tidak sependapat terhadap konflik yang berlaku antara Palestin dan Israel.

Menurutnya, ada antara mereka percaya apa yang berlaku kini berpunca daripada perbezaan rakyat Palestin dan Yahudi sehingga menyebabkan tercetusnya perang tersebut.

Iklan
Iklan

Sedangkan katanya, semua rakyat Malaysia perlu menolak perbuatan merampas hak kemanusiaan yang dilakukan oleh rejim Zionis terhadap rakyat Palestin.

"Apa yang berlaku kini sama seperti kejadian Holokus pada 1930 apabila orang Yahudi di Jerman dirampas hak mereka dan mengakibatkan 6 juta orang Yahudi terbunuh. Dunia bersimpati terhadap Yahudi Jerman dengan sebahagian daripada penolakan Nazi,” katanya menerusi satu hantaran di aplikasi X pada Selasa.

Iklan

Tambah beliau, sekarang dunia menyaksikan orang Yahudi Israel pula melakukan rampasan hak ke atas rakyat Palestin.

Ujarnya, itu adalah tragedi kemanusiaan dan tindakan rejim Zionis sama seperti yang dilakukan oleh Nazi terhadap orang Yahudi kerana ia jelas tidak adil serta tidak berperikemanusiaan.

Iklan

"Adalah salah apabila hanya umat Islam sahaja yang menuntut pengakhiran pembunuhan besar-besaran yang dilakukan oleh Israel.

"Seluruh rakyat Malaysia perlu merasa terganggu dan mendesak serangan Israel ke atas rakyat Palestin dihentikan,” ujarnya.