KKD, Google Malaysia bincang kawal selia kandungan mudarat dalam talian

Iklan
Fahmi bertemu dengan pasukan Google Malaysia bagi meningkatkan kawal selia media di negara ini. - Foto Aplikasi X Fahmi Fadzil.

SHAH ALAM - Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dengan kerjasama Google Malaysia akan meningkatkan kawalan selia isu media di negara ini.

Menterinya, Fahmi Fadzil berkata, perbincangan tersebut melibatkan KKD dan agensi yang berkaitan bagi mengekang masalah itu.

Iklan
Iklan

"Pagi tadi saya bertemu pasukan Google Malaysia untuk membincangkan beberapa perkara yang dibangkitkan termasuk kawalan selia melibatkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

"Pihak Google telah menyatakan kesediaan dan komitmen untuk meneruskan perbincangan seterusnya meningkatkan kerjasama dengan KKD serta agensi berkaitan,” katanya dalam hantaran di X pada Selasa.

Iklan

Pada 5 September lalu, SKMM mempertimbang menyediakan rangka kerja kawal selia bagi menangani kandungan memudaratkan dalam talian dan ketidakseimbangan media.

Langkah itu turut dibincangkan oleh KKD bersama Meta dan Google menerusi satu perbincangan dalam talian.

Iklan