Nilai dagangan Malaysia, Ireland catat peningkatan RM429.45 juta

Iklan
Gambar hiasan - Foto 123RF

JUMLAH nilai dagangan antara Malaysia dan Ireland catat trend peningkatan sebanyak RM429.45 juta bagi tempoh Januari hingga Julai tahun ini berbanding RM419.35 juta tahun lalu.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dalam satu kenyataan berkata, nilai dagangan pada 2021 pula merekodkan sebanyak RM425.15 juta.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pertemuan pertama antara Menteri KPKM, Datuk Seri Mohamad Sabu dengan Menteri Pertanian dan Marin Ireland, Martin Heydon T D pada Isnin untuk membincangkan cadangan kerjasama dua hala dalam bidang pertanian serta industri makanan.

"Melalui pertemuan ini, Ireland menyatakan kesediaan untuk memperkukuhkan lagi perdagangan dua hala terutamanya berkaitan pengeksportan daging dan itik ke Malaysia serta produk perikanan seperti tiram dan udang karang.

Iklan

"Kedua-dua negara turut berhasrat meneruskan kerjasama erat dalam bidang penyelidikan dan pembangunan pertanian bagi mencapai sasaran keterjaminan makanan.

"Mohamad juga menjemput Ireland menyertai ekspo Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2024 bagi mempromosikan produk pertanian serta agromakanan yang berpotensi menambah pelaburan dalam bidang ini Malaysia,” katanya pada Selasa.

Iklan

Pertemuan tersebut turut dihadiri wakil daripada Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Jabatan Pertanian Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Pegawai-Pegawai Kanan KPKM.