Isu pegangan saham FGV dijangka selesai sebelum pertengahan 2024 - Shabery Cheek

Iklan

FGV Holdings Bhd dijangka mengumumkan perincian berkaitan pegangan saham yang dipegang Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dalam syarikat itu sebelum pertengahan tahun hadapan.

Felda memegang 82 peratus kepentingan dalam FGV dan ia melebihi syarat ditetapkan Bursa Malaysia bagi pegangan awam minimum 25 peratus daripada jumlah saham.

Iklan
Iklan

Pengerusi Felda, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, perbincangan bersama Bursa Malaysia Bhd sedang dijalankan dan keputusan berkenaan isu tersebut dijangka diumumkan dalam masa beberapa bulan lagi.

"Kita sedang mempertimbangkan sama ada menyahsenaraikan FGV daripada Papan Utama Bursa Malaysia ataupun mengurangkan pegangan kepentingan oleh Felda,” katanya kepada Bernama.

Iklan

Beliau berkata demikian selepas menjadi tetamu dalam program temu bual eksklusif"Hala Tuju Felda Pacu Ekonomi Negara” terbitan Bernama Radio pada Selasa.

Bursa Malaysia telah memberikan lanjutan masa kepada FGV untuk mematuhi syarat pegangan saham awam selama enam bulan lagi dari 3 September 2023 sehingga tamat tempoh lanjutan pada 2 Mac 2024 selepas mengambil mengambil kira semua keadaan syarikat tersebut.

Iklan

Sejak Februari 2021, pegangan saham awam syarikat perladangan itu berjumlah 13.09 peratus, kurang daripada pegangan awam minimum 25 peratus, justeru, melanggar peraturan penyenaraian bursa.

Situasi tersebut berlaku selepas Felda Holdings melancarkan tawaran am mandatori untuk FGV pada 2020 dan berakhir dengan pemilikan lebih 75 peratus daripada pegangan syarikat itu. - Bernama