Bukti tentera Israel tiada moral, menari sakan di media sosial

Iklan
Salah satu video tentera IDF menari yang menjadi tular di platform TikTok. - Foto: Agensi

TEL AVIV - Gelagat menjengkelkan dan keterlaluan beberapa anggota Pasukan Pertahanan Israel (IDF) menari sakan dikongsikan di platform TikTok ketika konflik Hamas-rejim Zionis semakin meruncing telah mengundang kecaman banyak pihak.

Aksi meliang liuk anggota tentera 'lembut' menerusi salah satu video yang menjadi tular dan mendapat jutaan tontonan turut diselar ketika dunia meratapi nasib penduduk Palestin yang menjadi korban kekejaman rejim Zionis.

Iklan
Iklan

Kebanyakan pengguna media sosial berpendapat kandungan tersebut adalah sebahagian daripada propaganda IDF ketika kelemahan pasukan itu terutamanya unit infantri yang juga disertai anggota tentera simpanan tidak berpengalaman dalam medan tempur mula tampak dengan jelas selain mendedahkan sebahagian besar mereka sememangnya tiada moral.

Propaganda tentera itu terus dikritik kerana mereka seolah-olah 'gila glamor' kerana masih sempat berhibur tanpa rasa bersalah ketika bumi Gaza terus bermandi darah.

Iklan

Kandungan digelar 'IDF Thirst Traps' itu mula muncul pada awal 2020 dan pernah dikritik sebelum ini kerana didakwa menyokong keganasan melalui propaganda di media sosial.

Baru-baru ini, IDF memaklumkan ia menyiasat puluhan gambar dan video yang tular di media sosial memaparkan tindakan tidak berperikemanusiaan anggota mereka ke atas penduduk Palestin di Tebing Barat. - Agensi

Iklan