Mangsa banjir di Segamat berkurangan

Iklan

JOHOR BAHRU - Jumlah mangsa banjir yang masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) di Segamat terus berkurangan kepada 165 orang daripada 38 keluarga pagi ini, berbanding 182 orang daripada 42 keluarga, malam tadi.

Exco Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar Johor, Tan Chen Choon menerusi kenyataan hari ini berkata, penurunan jumlah berkenaan disebabkan penutupan PPS Balai Raya Gemereh 3, yang menempatkan penduduk dari Kampung Gemereh di Jementah pada jam 9 pagi tadi.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, setakat jam 10 pagi tadi, kesemua yang masih terjejas akibat 'banjir termenung' adalah penduduk dari Kampung Batu Badak, Kampung Pogoh dan Kampung Tandong yang berada di tiga PPS.

Katanya, seramai 85 orang daripada 22 keluarga berada di Balai Raya Kampung Batu Badak, Kompleks Penghulu Pogoh (22 orang, tiga keluarga) manakala Dewan Kampung Tandong (58 orang, 13 keluarga).

Iklan
Iklan

Cuaca cerah di sekitar Segamat dan pemantauan terhadap banjir dilakukan dari semasa ke semasa. - Bernama