DBKL roboh gerai haram di Bukit Bintang

Iklan
Jentera digunakan dalam operasi perobohan pada Selasa.

NORAFIZA JAAFAR

KUALA LUMPUR - Deretan gerai haram yang beroperasi di lorong Jalan Nyonya Off Jalan Changkat Thambi Dollah Bukit Bintang di sini telah dirobohkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam satu operasi pada Selasa.

DBKL memaklumkan, perobohan dilaksanakan selepas pemilik terbabit ingkar dengan notis pengosongan yang dikeluarkan pihak berkuasa tempatan tersebut sebelum ini.

Iklan
Iklan

Tapak perniagaan yang beroperasi di lorong dalam kawasan Bukit Bintang dirobohkan DBKL dalam satu operasi dijalankan pada Selasa.


"Penguatkuasaan diambil di bawah Seksyen 46, Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 dengan kerjasama Air Selangor, TNB (Tenaga Nasional Berhad) serta kawalan keselamatan daripada pasukan polis serta penguat kuasa DBKL.

"Operasi bersepadu ini berjalan lancar dan akan diteruskan dari semasa ke semasa," menurut perkongsian di Facebook pada Selasa.

Operasi perobohan dijalankan selepas pemilik premis ingkar dengan notis pengosongan dikeluarkan DBKL.

Iklan

Menerusi perkongsian itu, DBKL turut mengingatkan pemilik premis atau struktur yang telah diberikan notis pengosongan tapak untuk mematuhi arahan yang dikeluarkan.

Ujarnya, tindakan perobohan akan dijalankan setelah tamat tarikh notis pengosongan.

Iklan