Terengganu buru tiga mata di Filipina

Iklan
Steinbruckner - Foto Terengganu FC

TIGA mata menjadi sasaran Terengganu FC apabila berdepan kelab Filipina, Stallion Laguna dalam aksi Kumpulan G Piala AFC di Stadium Bolasepak Binan, pada Rabu.

Itu sasaran diletakkan pengendali skuad Penyu, Tomislav Steinbruckner bagi memastikan laluan kelab pantai timur ke pusingan kalah mati lebih selesa.

Iklan
Iklan

"Kami mengharapkan keputusan lebih baik berdepan Stallion dalam misi pasukan untuk menambah pungutan mata Saya tahu bahawa ini bukan merupakan satu perlawanan yang mudah, namun percaya pemain-pemain telah cukup bersedia.

"Ya, pasukan berdepan masalah kecederaan, namun saya percaya dengan kemampuan kesemua untuk perlawanan esok (Rabu),” kata pengendali kelahiran Croatia itu pada sidang akhbar di Binan pada Selasa.

Iklan

Sebagai rekod, pertemuan terakhir kedua-dua pasukan sebelum ini berakhir dengan keputusan seri 2-2 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada 26 Oktober lalu.

Anak buah Steinbruckner berada di kedudukan kedua kumpulan selepas mengumpul lima mata - menang 1-0 ke atas Central Coast Mariners, seri menentang Bali United dan Stallion - selepas mengharungi tiga perlawanan.

Iklan