Hospital Indonesia di Gaza: Menteri Luar jawab dakwaan IDF

Iklan
Kementerian Luar Indonesia menegaskan bahawa Hospital Indonesia di Gaza Utara merupakan kemudahan untuk tujuan kemanusiaan.

JAKARTA - Kementerian Luar Indonesia menegaskan bahawa Hospital Indonesia di Gaza Utara merupakan kemudahan untuk tujuan kemanusiaan.

Jurucakap kementerian, Lalu Muhamad Iqbal dalam satu kenyataan berkata, kemudahan yang dibina menggunakan dana amal Indonesia itu bagi memenuhi keperluan perubatan untuk penduduk Palestin di wilayah berkenaan.

Iklan
Iklan

Kenyataan itu dibuat sebagai respons kepada dakwaan Pasukan Pertahanan Israel (IDF) bahawa Hamas menggunakan hospital di Gaza, termasuk Hospital Indonesia untuk operasi bawah tanah seperti yang dilaporkan oleh Arab News.

Menurut Lalu, pihak berkuasa Palestin di Gaza kini bertanggungjawab mengurus hospital itu dengan bantuan sukarelawan Indonesia dari semasa ke semasa.

Iklan

Malah, hospital itu adalah antara beberapa kemudahan penjagaan kesihatan yang beroperasi di Gaza, walaupun berhadapan peningkatan jumlah korban akibat serangan tentera penceroboh Israel.

"Hospital itu kini merawat pesakit di luar kapasiti,” katanya.

Iklan

Mengenai tiga sukarelawan Indonesia di hospital itu, Lalu berkata, mereka memilih untuk terus berada di sana dan mereka berada dalam keadaan baik.

Menteri Luar Indonesia, Retno Marsudi secara konsisten mengecam dan menggesa menghentikan segera serangan ke atas orang awam dan kemudahan seperti hospital. - Bernama