Wartawan Palestin, keluarga terbunuh dalam serangan udara Israel

Iklan
Abu Hasira (gambar kecil) dan 42 ahli keluarganya dilaporkan terbunuh selepas kediamannya di Bandar Gaza dibom tentera penceroboh Israel. - Foto EPA

GAZA - Wartawan Agensi Berita WAFA, Mohammad Abu Hasira dilaporkan terbunuh selepas kediamannya di Bandar Gaza dibom tentera penceroboh Israel.

Abu Hasira dan 42 ahli keluarga yang lain, termasuk anak lelakinya terkorban dalam insiden itu, menurut WAFA.

Iklan
Iklan

Beberapa hari sebelum itu, seorang lagi wartawan Mohammad Hamouda dan keluarganya cedera selepas rumahnya menjadi sasaran serangan tentera Israel. Serangan itu turut menyebabkan isterinya cedera parah dan mata kirinya buta manakala kaki anak sulungnya terpaksa dipotong.

Sejak 7 Oktober lalu, sekurang-kurangnya 49 wartawan di Semenanjung Gaza terbunuh dalam serangan terbaru tentera Israel ke atas orang awam. - Bernama

Iklan
Iklan