City bergaya ke pusingan kalah mati

Iklan
Haaland meraikan jaringannya ketika membenam Young Boys. - Foto AFP

MANCHESTER City mara ke pusingan 16 pasukan terbaik Liga Juara-Juara selepas melakar kemenangan 3-0 ke atas pasukan Young Boys pada Rabu.

Pasukan kendalian Pep Guardiola itu telah memenangi kesemua empat perlawanan Kumpulan G untuk memastikan kemaraan ke pusingan 16 terakhir dengan baki dua perlawanan.

Iklan
Iklan

Haaland kembali cergas untuk memulakan perlawanan di Stadium Etihad selepas mengalami kecederaan buku lali ketika kemenangan 6-1 ke atas Bournemouth pada Sabtu.

Penyerang Norway itu menunjukkan dia bersedia untuk beraksi apabila dia meledak dua gol sekali gus merekodkan keseluruhan 39 gol dalam 34 perlawanan.

Iklan

Dia meletakkan City di depan melalui sepakan penalti pada separuh masa pertama dan menjaringkan gol sekali lagi dengan percubaan jarak jauh selepas jaringan menarik dilakukan Phil Foden.

"Tetapi elemen penting dalam pasukan adalah konsistensi. Kami mempunyai standard yang tinggi dan itulah sebabnya kami masih berada di Liga Perdana Inggeris dan layak Liga Juara-Juara," kata Guardiola.

Iklan

Namun, City juga dipalit dengan masalah kecederaan John Stones pada separuh masa pertama dan Manuel Akanji yang terpaksa digantikan oleh Kyle Walker selepas mengalami masalah belakang ketika sesi memanaskan badan.

"Manu mengalami masalah di bahagian belakang. Malangnya John, dia cedera sekali lagi.

"Ia adalah satu kehilangan besar bagi kami. Dia sangat penting selepas apa yang dia lakukan. Namun, dia akan pulih, musim ini masih panjang," katanya.